Tuesday, May 17, 2016

Selamat Datang

Sekolah Agama Telok Kerang telah ditubuhkan pada awal tahun 1998 atas inisiatif dan ihsan Tuan Hj Md. Som bin Hj. Danusi yang pada ketika itu beliau menjadi Ketua Kampung Telok Kerang.Beliau telah mewakafkan tanah milik beliau ini untuk dibangunkan Sekolah Agama Telok Kerang  dengan usaha sama Ahli Jawatankuasa Kampung dan UMNO Cawangan Telok Kerang.

Projek pembinaan sekolah ini dimulakan pada tahun 1988 dan siap sepenuhnya pada 13hb. Disember 1989 dan pada tahun 1990 sekolah ini mula dibuka.Rekabentuk sekolah ini adalah dua tingkat , mengandungi lima buah bilik darjah , sebuah bilik mesuarat, sebuah dewan, sebuah pejabat Guru Besar, Guru Penolong , sebuah bilik pusat sumber dan dibuka hanya  beroperasi pada sesi petang sahaja.Tapak sekolah ini adalah seluas setengah ekar ( Oe.2r.op ) diatas lot tanah 502. Kos pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 475,812.00 . Pada 11 April 1990 sekolah ini telah dirasmikan  oleh Tuan Hj. Mahyuddin bin Mohd Yasin yang ketika itu selaku Menteri Besar Johor.

0 comments:

Post a Comment